Ahad, 14 April 2013

KESELAMATAN 2


2.   KESELAMATAN SEMASA BERKERJA

2.1.  TANGGONGJAWAB


Kita bertanggongjawab secara tidak langsung pada 
kerja-kerja yang kita buat ditempat kerja
sama ada semasa waktu berkerja dan waktu rehat.

Pastikan arahan-arahan dibawah ini mempunyai
sikap-sikap sebagai saorang perkerja yang bagus.





2.2.  SIKAP / TABIAT  DIDALAM TEMPAT KERJA


Sikap yang suka bermain sukan, dipadang aktiviti terpuji. Tetapi jika bermain-main dibengkel yang mempunyai lantai konkrik akan membahayakan diri  sendiri, apatah lagi ditempat berdekatan benda-benda yang tajam dan mesin yang bergerak / berpusing.







  • Jangan berlari-lari atau bergusti bersama orang lain didalam tempat kerja. 
  • Berjalan, bukan berlari disepanjang kaki lima diatas tangga atau dimana-mana tempat  didalam bengkel (plant).
  • Jangan berjenaka dengan secara perbuatan atau berangan-angan.
  • Jangan bermain dengan api, arus elektrik, alat pemampat angin  atau saluran getah air.
  • Jangan membuang barang-barang disekitaran tempat kerja kita.
  • Jangan amalkan membuang kain perca (kotor). Walaupun ianya ringan, tetapi ianya   berkemungkinan mempunyai serpihan besi atau abuk-abuk yang tajam yang boleh menyebabkan cedera yang parah dimata.
  • Tumpukan perhatian yang penuh pada kerja-kerja kita, tetapi awasi apa yang berlaku disekitaran tempat kita berkerja.
  • Ambil perhatian pada tanda-tanda penunjuk/arahan-arahan dan pagar penghalang  menandakan  tempat  yang bahaya atau kawasan larangan.
  • Pastikan kerja kita itu benar-benar betul.
  • Jangan mengangu / halang orang lain yang sedang menumpukan kerjanya.

2.3.  DI TEMPAT KERJA

Seperti mana dirumah, kita menjaga dengan bersih dan kemas supaya ianya kelihatan   cantik dan sempurna. Begitu juga hendaklah dilakukan ditempat kerja kita, mestilah dijaga dengan bersih dan kemas supaya ianya selesa dan selamat apabila kita melaku apa juga jenis kerja. Simpan semua alat dan perkakas tukang ditempat yang telah disediakan. Barulah ia dikatakan kekemasan ditempat kerja / bengkel.

Perhatikan dibawah ini :
  • Kawasan-kawasan dan lorong-lorong disekitaran tempat kerja perlulah dijauhkan daripada benda-benda yang menghalang.
  • Bersihkan dengan segera tumpahan- tumpahan minyak, cat, geris dan lain-lain bahan cecair yang terdapat disekitaran kawasan tempat kerja.
  • Pastikan kawasan tempat kerja kita kemas  dan bersih dan jangan biarkan bahan-  bahan serpihan atau buangan terhimpun dan berlonggok.
  • Jangan biarkan alat-alat dan bahan-bahan bertaburan disekitaran kawasan tempat  kerja semasa kita membuat kerja.
  • Simpan semua alat-alat yang tidak digunakan.
       -  Memulangkan alat-alat yang telah digunakan ditempat simpananya, ianya bukanlah sahaja suatu amalan yang 
          baik tetapi juga suatu tindakan yang bijak bagi kawan sekerja kita untuk mengunakan semasa. 


  • Gunakan tempat pembuangan yang telah Disediakan.
  • Susun semua peralatan dan bahan-bahan yang lain dengan cara yang selamat supaya ianya tidak menggangu atau merbahaya.
          - Jangan biarkan bahan-bahan lebihan  yang berbentuk bulat (round stock)  berselerakan dilantai. Ia boleh 
            menebabkan kita tergelincir dan jatuh serta berkemungkinan mencederakan kita dengan seriusnya.


NOTA:- Segala sampah yang berminyak perlulah dibuangkan  kedalam  tong sampah yang tertutup.






2.4   PAKAIAN DAN ALAT-ALAT PELINDONG DIRI


Didalam kehidupan harian kita memilih pakaian semasa, mengikut fesyen kita sendiri. Tetapi pakaian untuk berkerja didalam bengkel mempunyai rekabentuk yang khusus / khas. Pakaianya direka untuk melindung sipengguna dengan selamat. Gunakan pakaian dan peralatan-peralatan pelindung keselamatan dengan cara yang betul dan sesuai, supaya ia dapat melindung diri kita daripada tercedera dengan seriusnya.




  • Pakailah pakaian yang kemas dan sesuai serta butangkan baju (pakaian) kita dengan kemas.
        - Pakaian yang longgar, tidak berbutang atau pakaian yang koyak-rabak, memakai tali leher atau talipanggang
              yang longgar atau terjulur keluar (berlebihan) akan senang terperangkap pada mesin-mesin yang berputar.
  • Pakailah seluar yang tiada berlipat dihujung kakinya.
       - Seluar yang mempunyai lipatan dihujung kakinya akan menyebabkan kita senang tersangkut atau 
             termasuk percikan  api  ataupun  bahan-bahan yang bahaya.
  • Pakai kasut keselamatan yang sesuai  dan sentiasa pastikan ianya didalam keadaan yang elok dan baik.
          - Kasut yang mempunyai tapak yang tebal, keras atau beralas dengan besi amatlah baik dIgunakan. Ia dapat
            melindungi kaki kita daripada terpijak diatas benda-benda yang tajam dan benda-benda yang terjulur seperti 
            paku dan lain-lain. Pada bahagian hujung atas kasutnya perlulah tegap dan keras bersalut dengan kepingan 
            besi atau keluli, supaya ianya dapat melindungi kaki kita daripada tumpahan-tumpahan atau percikan percikan 
            bahan-bahan besi, keluli atau logam yang panas. Kasut keselamatan ini juga ada mempunyai rangka besi bagi 
            menahan hujung atas  kasut tersebut supaya dapat menahan jari kaki kita daripada benda berat jatuh 
            diatasnya.
  • Rambut mestilah pendek atau pakai topi yang boleh menutup rambut kita dengan kemas atau pakai jaring kepala sepertimana yang dikehendaki oleh peraturan-peraturan dibengkel.
        - Jika rambut kita panjang, ia senang terperangkap dimesin-mesin kemalangan seperti ini berlaku kepada 
              pekerja-pekerja dan pelatih-pelatih yang tidak mematuhai peraturan yang dikenakan. 

  • Jangan memakai cincin, gelang tangan, jam tangan, dan rantai leher apabila sedang bekerja.
        - Oleh kerana pakaian hiasan / aksesori ini boleh terperangkap di mesin-mesin yang sedang berputar. Ini 
              sangat bahaya jika kita memakainya pada disetengah-setengah jenis kerja. Ia boleh menyebabkan kita 
              kehilangan jari, tangan, atau dari sebahagian kepala kita.


  • Pakai alat dan peralatan pelindung diri  yang sesuai dengan kerja-kerja yang hendak dibuat.

           - Belajarlah mengunakan peralatan pelindung diri yang sesuai bagi setiap  jenisnya didalam berbagai bentuk 
             rupa alat pelindung yang terdapat.

"PENTING"

i. PELINDONG KEPALA

   Pakai topi keselamatan (helmet).

    - Gunakan topi keselamatan yang disahkan oleh pehak piawaian yang di
      iktirafkan oleh kerajaan kita. Ia perlulah dipakai disemua tempat 
      pembenaan dan didalam loji berat. 










ii. PELINDONG MATA

Pakai cermin mata keselamatan, (goggles) atau alat pelindung mata yang  sesuai dengan pekerjaan yang dilakukan. Supaya bahan-bahan yang halus dan senang melayang seperti abuk, percikan logam panas dan cecair dapat dilindungi.


















iii. PELINDUNG TELINGA
Pakailah alat pelindung telinga ditempat-  tempat yang terdapat bunyi bising dan kuat atau ditempat-tempat operasi kerja  yang mengeluarkan bunyi frekuensi yang amat tinggi.









iv. PELINDUNG TANGAN
Pakai sarong tangan yang tebal dan kukuh, sesuai dengan bahan yang hendak dipegang atau pada bahan yang panas dan pada cecair yang merbahaya.













v. PELINDUNG PENAFASAN, TOPING MUKA DAN 
   BADAN

Alat pelindung penafasan, toping muka,  dan pelindung badan (apron) mestilah dipakai bersesuaian dengan kerja yang  hendak dilakukan. Ia dicipta dan direka  khas untuk menjaga keselamatan kita.

Kita akan mendapati ianya lebih selamat jika :-
  • Memakai jenis yang betul dan sesuai.
  • Pastikan ianya muat dipakai dengan selesa dan sesuai.
  • Gunakan dengan sebaik-baiknya, betul dan selamat.


2.5  PENJAGAAN DIDALAM PENGUNAAN ALAT-ALAT TANGAN

Mengunakan alat-alat tangan dengan cara yang salah, yang rosak, dan yang cacat boleh menyebabkan kemalangan. Walaupun kita mengunakan alat-alat dengan cara yang betul, tetapi jika kita cuai atau tidak menyimpanya dengan selamat ia juga boleh merbahayakan dan berkuminkinan berlaku kemalangan.

  • Pastikan kita memilih jenis dan sais alat-alat yang betul dan sesuai dengan kerja.
  • Periksa alat-alat yang hendak digunakan sebelum mengunakanya.
  • Jangan mengunakan alat-alat yang rosak dan yang haus.

  • Sentiasa menjaga alat-alat didalam keadaan yang baik dan pastikan mata alat tersebut diasah dengan tajam dan selamat.
  • Simpan dan kendalikan semua alat-alat tangan dengan selamat.
         - Didalam tajuk / elemen pembelajaran yang lain (alat-alat tangan) ada  menerangkan tentang keselamatan 
           mengunakan alat tangan dengan efisien lagi.



2.6  PENJAGAAN DIDALAM PENGUNAAN MESIN-MESIN.

Peralatan mesin boleh menyebabkan kecederaan yang serius apabila ia digunakan dengan cara yang salah atau apabila sesaorang itu dengan tidak sengaja terpegang dibahagian-bahagian yang berpusing dan bergerak. Perlu dingatkan disini, hanya gunakan mesin-mesin yang telah ditunjuk ajar sahaja atau dibenarkan mengunakanya.

Jangan merasa segan, malu dan takut mengatakan yang kita tidak tahu mengunakan mesin. Jika kita degil atau mendiamkan diri kita, ini akan menyebabkan jiwa kita sendiri yang akan menerima padahnya. Kita akan mempelajari dengan lebih lanjut lagi didalam tajuk yang berasingan didalam tajuk-tajuk pengunaan mesin-mesin. Sentiasa jauhkan tangan kita daripada bahagian-bahagian mesin yang bergerak dan perhatikan langkah-langkah seperti berikut dibawah ini.

  • Semua pengadang yang telah rosak, tidak dipasang atau tidak dipasang dengan betul mestilah dilapurkan dengan serta merta dan jangan gunakan mesin tersebut selagi belum diperbaiki adang-adang tersebut.



  • Jangan membuka apa juga jenis pengadang mesin, kecuali jika kita diarahkan untuk dibuat senggaraan keatas mesin tersebut atau bagi tujuan membersihkan dan membubuh minyak pelincir.

      -  Perhatikan ditanda penunjuk arahan, jika ada arahan-arahan yang khas dinyatakan untuk membuat sedemikian 
            barulah boleh dilakukan. Jangan sekali-kali mencuci atau membubuh minyak pelincir pada mesin yang sedang 
            bergerak atau berpusing.

  • Apabila selepas membuka pengadang-pengadang bagi tujuan sengaraan atau penyalarasan, ianya mestilah dipasang kembali sebelum mesin tersebut dihidupkan.
  • Jangan cuba membuat pengadang sendiri atau membiarkan ianya tidak berfungsi.
        - Setengah mesin-mesin dihidupkan dengan menekan dua butang penghidup (starter) serentak. Dengan  
              cara ini ia memastikan sipengendali mengunakan kedua  belah tangan, supaya tanganya bebas daripada 
              sebarang rintangan atau bebas daripadamesin. Setengahnya pula ada menunjukan tanda arahan-arahan, 
              walaubagaimana pun dilarang mambuat anjak-siap (set up) pada kedua-dua butang penghidup tersebut. 

  • Semua bendakerja yang hendak dimesin mestilah diletakan dan diikatkan dengan cara yang selamat pada ragum atau jig. Jangan sekali-kali cuba memegang bendakerja tersebut dengan hanya mengunakan tangan kita, walaupun bendakerja itu kecil. Jangan hidupkan mesin pencanai sebelum kita memeriksa batu pencanai tersebut berada didalam keadaan yang baik dan begitu juga pada adang dan pengalas mata-alat (tool rest) telah dipasang ditempatnya dan dilaraskan pada kerenggan yang sesuai dan mengcukupi.
      - Didalam tajuk pembelajaran mesin pencanai yang berasingan ada diterangkan cara-cara dan langkah-langkah
           yang betul dan selamat dengan lebih lanjut lagi.

  • Jangan cuba mengeluarkan bahan-bahan lebihan atau serpihan-serpihan potongan daripada mesin dengan mengunakan jari tangan kita.
       - Gunakan berus atau pencangkok, dan hanya apabila mesin tersebut didalam keadaan tidak bergerak atau 
             berpusing.

  • Padamkan atau matikan suis (switch off) mesin pada mesin tersebut, BUKAN pada suis utama (main switch).
        - Apabila dikehendaki memadamkan suis pada suis utama pastikan terlebih dahulu suis pada mesin mestilah 
              dipadamkan dulu. Supaya dapat mengelakan daripada kemalangan salah angap menghidupkan suis, apabila
              menhidupkan suis punca utama dihidupkan semula.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan