PENGENALAN
Tahukah anda apakah itu KESELAMATAN ?
Keselamatan yang dimaksudkan ini ialah menjaga sesuatu benda atau menjauhi perbuatan yang merbahaya. Didalam kontek keselamatan yang akan kita bincangkan ini adalah berkenaan keselamatan dibengkel. Sebelum kita pergi lebih jauh lagi, elok kiranya kita mengatahui akan faktor-faktor mengenai keselamatan terlebih dahulu. Didalam kerja-kerja harian dibengkel mengenal akan faktor-faktor mengenai keselamatan adalah amat penting.
Apabila berlakunya kemalangan banyak faktor-faktor yang akan timbul dan akan memberikan kesan yang negetif terhadap kita dan pehak majikan. Demi menjaga keselamatan diantara kedua-dua belah pehak maka perlulah kita mentaati akan segala arahan-arahan dan undang-undang yang telah dimaktubkan.
1. MEMPELAJARI FAKTOR-FAKTOR MENGENAI KESELAMATAN
1.1. PENTING NYA KESELAMATAN


- Kesakitan dan ketidak keselesaan.
- Kemungkinan pengurangan pendapatan.
- Tidak dapat turut serta melakukan apa-apa pekara ditempat kerja, dalam sukan dan dalam aktiviti- ativiti sosial.
Setiap tahun diMalaysia beratus-ratus orang terbunuh akibat kemalangan industri dan beribu-ribu lagi mengalamai kecederaan yang kekal. Sebahagian daripada kecederaan itu tidak teruk tetapi puratanya orang yang mendapat kemalangan itu tidak dapat berkerja dalam tempoh dua minggu.
Kemalangan industri adalah suatu masaalah yang serius kepada masyarakat. Setiap tahun di Malaysia beratus ribu orang tidak dapat berkerja sekurang-kurangnya sehari dan berminggu- minggu waktu berkerja terbuang.
Oleh sebab itu kerajaan dan oganisasi-oganisai keselamatan membuat penyelidikan diatas sebab-sebab kemalangan dan menjalankan perkerjaan dengan selamat.
Sebahagian daripada hasil penyelidikan yang selalu menjadi tabiat pada perkerja. Menunjukan ianya:-
Perkerja-perkerja muda dan orang baru berkerja berkemungkinan mendapat kemalangan. Pada keseluruhanya lebih kurang saorang daripada 34 orang perkerja mendapat kemalangan dalam tempoh satu tahun, yang menyebabkanya tidak dapat berkerja bagi tempoh lebih daripada seminggu.
Angka-angka inilah purata sahaja dalam setengah industri kemungkinan mendapat kemalangan adalah lebih tinggi daripada yang lain.
Kita boleh mengurangkan risiko daripada mendapat kemalangan dengan mengetahui cara berkerja yang selamat. Lebih kurang dua daripada tiga kemalangan mengakibatkan orang mencederakan diri mereka sendiri dengan cara keterikan (straiant), terjatuh (falling), tergelincir (slipping), terserungkup (tripping) tersungkur (slumbing), dilanggar oleh benda bergerak, atau benda yang jatuh atau terpijak diatasnya, atau terhantuk dengan benda tidak bergerak.
Dengan mengunakan akal fikiran dan mematuhi undang-undang keselamatan kita dapat mengelakan diri kita daripada tercedera. Tajuk pemelajaran ini adalah sebagai bantuan untuk mempelajari undang-undang keselamatan. Undang-undang keselamatan yang khusus bagi pengunaan alat-alat tangan dan alat-alat mesin diberi didalam lain-lain tajuk.
Rajah dibawah ini adalah sebagai panduan bagi jenis dan kekerapan kecederaan yang berlaku akibat kemalangan-kemalangan yang terjadi.
1.4 SEBAB-SEBAB KEMALANGAN
Kemalangan selalunya mempunyai sebab. Kemalangan boleh dicegah dengan mengalihkan perkara-perkara yang menyebabkanya. Mengetahui mengapa sebab-sebab belakunya kemalangan adalah penting. Ia dapat menolong merangcang cara mana mencegah kemalangan yang serupa akan berulang.
Dua sebab-sebab kemalangan berlaku.
- Perbuatan tidak selamat.
- Keadaan merbahaya.
Sesaorang yang mendapat kecederaan tidak selalunya disebabkan kemalangan. Walau bagaimanapun, kemalangan disebabkan oleh orang lain yang gagal bertindak dengan selamat atau memperbaiki keadaan merbahaya dan tidak selamat.
CUBA KITA FIKIRKAN CONTOH PERBUATAN TIDAK SELAMAT INI :
- Terlalu yakin dan berani.
- Tidak cukup pengalaman dalam kerja dan bidang kejuruteraan.
- Mengunakan peralatan (equipment) tampa mendapat latihan tunjuk ajar cara pengunaan yang betul.
- Mengunakan alat atau peralatan dengan cara yang salah.
- Gagal mengunakan peralatan pelindung diri, seperti cermin pelindung mata (goggles) apabila membuat kerja yang kusus memerlukanya.
- Bergurau dan bermain-main semasa didalam bengkel.
- Gopoh-gapah dan mengambil tindakan bahaya dengan jalan yang singkat kebengkel-bengkel.
- Mengganggu orang lain daripada kerja atau membenarkan diri sendiri diganggu orang.
1.5 MENGELAKAN PERBUATAN TIDAK SELAMAT
Ia adalah tanggongjawab kita untuk mengelakan tindakan tabiat tak selamat. Kita mesti patuhi, demi untuk keselamatan sendiri dan orang lain. Belajarlah berkerja dengan selamat dan efisen. Tindakan yang gopoh atau cuai akan mengakibatkan diri sendiri atau orang lain didalam bahaya, ini adalah tindakan tabiat perbuatan tidak bertanggungjawab. Patuhilah arahan-arahan ketua kita. Lakukan cara-cara berkerja yang betul, walaupun kita lihat tindakan orang lain itu merbahaya.
Kerjasama kita adalah peranan utama didalam memcegah pembentukan berkerja ditempat yang tidak selamat. Keadaan tempat berkerja yang selamat bukanlah satu faktor dimana ia mempunyai lokasi suatu bengkel yang elok atau pun peralatan yang lengkap dan elok. Ia juga tergantung pada kerjasama pada tiap-tiap orang didalam tempat kerja. Peranan utama keselamatan berkerja ialah menjaga tempat kerja yang bersih dan kemas. Kita mestilah mengambil kira keselamatan didalam tabiat kita sendiri berkerja sama ada diri sendiri atau orang lain.
Sebahagian daripada pekara-pekara yang kita perlu lakukan bagi menjaga tempat kita berkerja akan diterangkan kemudian.
Cuba anda fikirkan contoh keadaan merbahaya didalam tempat berkerja:
Ada dua jenis keadaan merbahaya.
a. KAWASAN YANG MERBAHAYA - ENVIRONMENTAL HAZARDS.

- Lantai yang licin.
- Cahaya tidak cukup.
- Tempat kerja yang comot dan berabuk /berselerak.
- Peralatan dan alat tangan yang tidak cukup.
- Mesin-mesin yang tidak ada alat pelindung keselamatan.
- Bahan-bahan lebihan berselerak dan bertaburan.
b. REKABENTUK MESIN YANG SALAH - FAULTY DESIGN OF MACHINE
Kadangkala terdapat suis-suis mesin yang tidak pada tempat yang sesuai dan bahagian- bahagian yang bergerak seperti talisawat, giar-giar dan lain-lain lagi tidak diadangkan atau pelindung keselamatan.
Ada banyak lagi pekara yang boleh diambil kira yang menyebabkan kemalangan berlaku. Apakah pekara-pekara yang lain boleh kita fikirkan dan renungi. Apa juga kemungkinan yang disebabkan kemalangan adalah sangat merbahaya. Lihat dan perhatikan pekara-pekara yang merbahaya ini, ia adalah suatu langkah untuk mencegah kemalangan. Awasi selalu apa juga kemungkinan yang menyebabkan kemalangan dimana kita tidak tahu bincana akan berlaku seperti kata perpatah "MALANG TIDAK BERBAU". Selamatkan secepat munkin jika berlaku kemalangan, kemudian lapurkan kemalangan tersebut kepada ketua kita tampa melengahkan masa atau selamatkan simangsa sekiranya kita terdaya.
"LAPURKAN SEGERA SETIAP KEMALANGAN"
1.7. MEMBENTUK SIKAP MENGAWASI KESELAMATAN
Fikir dan ingat kembali sebentar apa yang telah kita baca dipelajaran yang lepas. Sudah tentu kita faham dan mengapa ianya penting untuk mencegah kemalangan. Didalam latihan kemahiran, kita perlu membentuk sikap sentiasa berwaspada atau mengawasi keselamatan terlebih dahulu. Selagi kita mempelajari apa juga jenis kerja, kita perlulah tahu berkerja dengan selamat. Ia adalah suatu amalan sepanjang hayat.
Kita perlu mempunyai sikap mengawal kesabaran diatas tindakan kita supaya diri kita atau orang lain tidak terdedah dengan pekara-pekara yang merbahaya.
1.8. MENCEGAH KEMALANGAN
Kemalangan boleh dicegah, dengan selalu berhati-hati. Bagi sesaorang yang selamat kita berkerja denganya ialah; ia nya mempunyai sikap sentiasa berwaspada, teliti, cermat, berhati-hati dan bertanggongjawab. Tabiat dan sikap yang selamat itu akan menjadikan kebiasaan kepada diri kita apabila berkerja bersama meraka itu. Sikap dan tabiat yang elok ini perlulah dijadikan panduan harian apabila berkerja atau pun didalam kehidupan kita seharian.
Tajuk yang seterusnya akan menolong kita mengetahui cara-cara melatih mencegah kemalangan. Panduan dan arahan- arahan ini adalah untuk menerangkan kepada kita bagaimana untuk;
Lapurkan semua kemalangan atau kerosakan pada peralatan, tidak kira walaupun sedikat. Sungguh pun kerosakan itu sedikit ia boleh mengakibatkan kegagalan yang serius jika tidak dilapurkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan