Ahad, 14 April 2013

KESELAMATAN 3


3.  PEMULIHAN PERNAFASAN

PENGENALAN



Keadah membuat pemulihan pernafasan mestilah dipraktikan oleh setiap pekerja dari masa kesemasa dibengkel atau ditempat-tempat yang munasabah. Tindakan segera memulihkan pernafasan sesaorang mangsa adalah amat mustahak kerana lewat bertindak boleh membawa maut kepada mangsa.

3.1  KEJUTAN ELEKTRIK


Kejutan elektrik terjadi apabila arus mengalir dan mana-mana punca elektrik yang rosak melalui bahagian tubuh kita dan seterusnya menglengkapkan litar elektrik. Ini menyebabkan urat saraf dan otot dalam tubuh menjadi kaku terutama sekali dibahagian jantung dan seterusnya menyebabkan degupan jantung kita terhenti berfungsi.



3.2  KEKUATAN SESUATU KEJUTAN ELEKTRIK


i.   Bekalan voltan diantara talian atau logam hidup dengan bumi.

ii.  Kelembabpan pada kulit kita.

iii. Kekutan rintangan yang terdapat dalam badan.

iv. Lamanya masa sentuhan.



3.3  LANGKAH-LANGKAH PENTING SEBELUM MEMULAKAN PEMULIHAN 
       PERNAFASAN




1. Jangan buang masa atau panik apabila berhadapan dengan mangsa kejutan elektrik.

2. Putuskan bekalan yang menjadi punca kejutan.

3. Sekiranya mangsa berada jauh dan alat kawalan punca bekalan pisahkan wayar hidup dan 
mangsa kejutan dengan mengunakan penebat yang kering seperti kayu, surat kahbar,    jaket, getah, plastik dan sebagainya.





4. Sementara itu minta pentolongan daripada masyarakat sekeliling untuk menghubungi doktor yang berdekatan.

5. Pastikan kecederaan yang dialami oleh mangsa-mangsa kejutan.

6. Mulakan memberikan pemulihan pernafasan dengan cara yang sesuai.

7. Teruskan gerakan sehingga doktor atau ambulan tiba untuk rawatan selanjutnya.



3.4  CARA CARA PEMULIHAN PERNAFASAN

1. Cara mulut kemulut atau mulut kehidung.

2. Cara Holger Nielsen.

3. Cara Silvester.

4. Cara Schafer’s.

PERINGATAN
Walaupun mangsa kejutan telah sedar dari pengsan dan boleh bernafas dengan sendiri, jangan sekali kali memberikan minuman yang mengandungi alkohol kepada mangsa kejutan. Jika perlu hanya air panas kosong sahaja yang dibenarkan.

“KELAWATAN BERTINDAK BERERTI MAUT”

3.4.1  CARA MULUT KEMULUT


a. Tentukan mangsa kejutan bebas dan sebarang bahaya disekelilingnya.


b. Baringkan pesakit pada permukaan tanah yang rata dan alaskan kain lembut antara   bahu dengan leher pesakit. (rajah 1).



c. Dongakkan sedikit kepala pesakit keatas dan pastikan mulut pesakit tidak terkancing dan    udara mudah keluar masuk. (rajah 2).



d. Tutup lubang hidung pesakit seperti dalam (rajah3).



e. Sedut udara bersih kemudian lekapkan mulut anda kemulut pesakit dan perlahan-lahan hembuskan nafas anda kedalam mulut persakit. (rajah 4).



f. Tentukan dada pesakit menjadi kembang apabila nafas kita dihembus masuk kedalam mulutnya. (rajah 5).



g. Ulangkan keadah yang sama dengan sempurna sehingga pesakit dapat bernafas dengan sendiri.





3.4.2  CARA MULUT KEHIDONG


Cara ini dilakukan sekiranya mulut pesakit tidak boleh dibuka atau terdapat halangan bagi udara keluar masuk.



a. Gunakan tapak tangan tutup mulut pesakit kemudian hembuskan perlahan-lahan nafas masuk kedalam dada pesakit melalui hidung.



b. Tentukan dada persakit menjadi kembang apabila nafas kita masuk kedalam dadanya proses ini sama juga seperti cara mulut-kemulut hanya kita meniup melaluai hidung.








4.  PENCEGAHAN DAN MELAWAN KEBAKARAN



PENGENALAN


Apabila terjadi kebakaran ia akan menyebabkan kehilangan dan kerugian. Kemalangan didalam kebakaran amatlah berbahaya yang amat dasyat, jika tidak dibendung dari awal-awal. Seperti kata pepatah melayu "kecil-kecil menjadi kawan, sudah besar menjadi lawan"

Dibengkel, mencegah kebakaran dan melawan kebakaran amatlah penting bagi setiap individu yang berkerja didalamnya. Jika dengan menglengah-lengahkan membuat aduan pada pihak bomba atau bertindak dengan sendiri untuk melawan kebakaran ia mungkin akan meragut nyawa kita atau orang lain disekitaranya. Untuk mengelakan berlakunya kebakaran kita perlu mengatahuai cara mencegahnya dengan cepat dan bijak.



4.1. PENCEGAHAN DAN MELAWAN KEBAKARAN


Pencegahan adalah lebih mudah daripada melawan kebakaran. Pencegahan bergantong kepada kerbersihan bengkel, keadaan tempat yang baik dan sebagainya. Sedikit percikan api atau rokok akan menyebabkan kebakaran jika tersentuh dengan gasoline atau apa-apa bahan yang mudah terbakar. ini akan menyebabkan kerugian yang besar kepada bengkel, jentera dan mungkin juga nyawa.




KEBAKARAN



Apabila apa-apa bahan pembakaran haba dan oksijen bercampur berlakulah kebakaran. Jika salah satu bahan itu dipisahkan, api akan padam.




4.2. JENIS JENIS KEBAKARAN



Boleh dikenali dengan mengetahui jenis-jenis bahan bahan pembakaran atas api. Jenis-jenis itu ialah:-


a. Kebakaran ke atas bahan tumbuhan. 


b. Kebakaran keatas bahan kemia.


c. Kebakaran keatas komponen elektrik.





A. KEBAKARAN KEATAS BAHAN-BAHAN TUMBUHAN.

Kebakaran jenis Kelas A ini, adalah yang kebakaran yang paling biasa belakunya. 

Kebakaran jenis ini berlaku disebabkan pembakaran kertas, kayu, kain sampah sarap dan sebagainya dan ini boleh dipadamkan dengan menggunakan air dan juga dengan menggunakan pemadam air.











B. KEBAKARAN KEATAS BAHAN-BAHAN KIMIA.


Kebakaran jenis Kelas B ini, adalah jenis kebakaran bahan-bahan cecair seperti, petroleum (petrol), minyak pelincir atau gris, pelarut dan cat.














C. KEBAKARAN KEATAS KOMPONEN ELEKTRIK.


Kebakaran jenis Kelas C ini, adalah kebakaran yang selalu berlaku disebabkan oleh litar pintas (short circuit) dalam komponen elektrik atau wayar. Ia boleh dipadamkan dengan mengunakan pemadam api karbon dioksid dan karbon tetrakioride.









4.3. JENIS-JENIS PEMADAM API


Terdapat beberapa jenis pemadam api dipasaran biasa dan tiap-tiap satu dibuat bagi tujuan dan kegunaan-kegunaan tertentu, disebabkan kekesananya berbeza-beza diantara berjenis- jenis kebakaran, yang biasanya digunakan ialah:-



i. PAM AIR

Dalam jenis ini, air adalah egen pemadam dan tekanan terjadi melalui pam tangan. Arus air di arahkan pada bahagian dasar kebakaran dan kemudiannya kearah api dan apabila api berangsur kurang terus sehingga ia betul-betul padam. Pemadam api ini sesuai bagi kebakaran atas bahan-bahan tumbuhan.















ii. SODA DAN ASID

Air adalah egen pemadam api dan tekanan pengendalian di perolehi melalui tindak balas soda bicarbanate dan asid sulfurik. Untuk mengendalikanya, pemadam hanya perlu dikeluarkan pin yang terdapat dibahagian penekan pam dan seterusnya bolehlah digunakan hanya dengan menekan pada penekan pamnya.











iii. BUIH


Buih adalah egen pemadam. Tekanan dan buih terjadi, apabila pemdam api diterbalikan dan bercampurkan soda bicarbanate dan suatu egen buih dalam larutan dengan aluininium sulphate yang larut dan ini menghasilkan buih. Pemadam api jenis ini sesuai bagi kebakaran keatas bahan bahan kimia selain daripada alkohol.







iv. CARBON TETRAKLORIDE



Karbon tetrakioride ialah sejenis egen memedam api. Tekanan pengendalian terjadi mengikut cara pam tangan dan tekanan ini mengeluarkan karbon tetrakioride. Ianya sesuai untuk memedam kebakaran atas komponen-komponen elektrik.











v. KARBON DIOKSID


Adalah sejenis pemadam api yang paling berguna dan karbon dioksid ialah egen pemadam api. Ianya digunakan untuk memadamkan kebakaran dikilang penapisan minyak, loji pengilangan bahan letupan, bahan-bahan yang mudah terbakar, dan litar pintas elektrik (electrical short circuit).














KESELAMATAN 1



PENGENALAN

Tahukah anda apakah itu KESELAMATAN ?


Keselamatan yang dimaksudkan ini ialah menjaga sesuatu benda atau menjauhi perbuatan yang merbahaya. Didalam kontek keselamatan yang akan kita bincangkan ini adalah berkenaan keselamatan dibengkel. Sebelum kita pergi lebih jauh lagi, elok kiranya kita mengatahui akan faktor-faktor mengenai keselamatan terlebih dahulu. Didalam kerja-kerja harian dibengkel mengenal akan faktor-faktor mengenai keselamatan adalah amat penting.

Apabila berlakunya kemalangan banyak faktor-faktor yang akan timbul dan akan memberikan kesan yang negetif terhadap kita dan pehak majikan. Demi menjaga keselamatan diantara kedua-dua belah pehak maka perlulah kita mentaati akan segala arahan-arahan dan undang-undang yang telah dimaktubkan.




1.  MEMPELAJARI FAKTOR-FAKTOR MENGENAI KESELAMATAN

1.1. PENTING NYA KESELAMATAN


Mempelajari sesatu kerja mestilah melibatkan belajar berkerja dengan selamat. Membuat kerja apa juga dengan betul adalah berkerja mesti dengan selamat. Apa juga kerja yang dilakukan tak selamat adalah salah. Pencegahan kemalangan didalam industri bukanlah hanya menjadi perhatian pakar-pakar. Kita harus tahu belajar tampa mencederakan diri kita sendiri atau pun membahayakan perkerja-perkerja lain. Daya usaha kita sendiri adalah penting untuk menjadikan tempat kerja kita itu sebagai tempat yang selamat.




1.2  KESAN KEMALANGAN DI INDUSTRI

Kemalangan menyebabkan kerugian kepada semua orang. Jika kita mendapat kemalangan kita akan menanggung daripada:



  • Kesakitan dan ketidak keselesaan.
  • Kemungkinan pengurangan pendapatan.
  • Tidak dapat turut serta melakukan apa-apa pekara ditempat kerja, dalam sukan dan dalam aktiviti- ativiti sosial.


Setiap tahun diMalaysia beratus-ratus orang terbunuh akibat kemalangan industri dan beribu-ribu lagi mengalamai kecederaan yang kekal. Sebahagian daripada kecederaan itu tidak teruk tetapi puratanya orang yang mendapat kemalangan itu tidak dapat berkerja dalam tempoh dua minggu.




1.3. PERLUNYA PENCEGAHAN KEMALANGAN


Kemalangan industri adalah suatu masaalah yang serius kepada masyarakat. Setiap tahun di Malaysia beratus ribu orang tidak dapat berkerja sekurang-kurangnya sehari dan berminggu- minggu waktu berkerja terbuang. 

Oleh sebab itu kerajaan dan oganisasi-oganisai keselamatan membuat penyelidikan diatas sebab-sebab kemalangan dan menjalankan perkerjaan dengan selamat.

Sebahagian daripada hasil penyelidikan yang selalu menjadi tabiat pada perkerja. Menunjukan ianya:-


Perkerja-perkerja muda dan orang baru berkerja berkemungkinan mendapat kemalangan. Pada keseluruhanya lebih kurang saorang daripada 34 orang perkerja mendapat kemalangan dalam tempoh satu tahun, yang menyebabkanya tidak dapat berkerja bagi tempoh lebih daripada seminggu.

Angka-angka inilah purata sahaja dalam setengah industri kemungkinan mendapat kemalangan adalah lebih tinggi daripada yang lain.

Kita boleh mengurangkan risiko daripada mendapat kemalangan dengan mengetahui cara berkerja yang selamat. Lebih kurang dua daripada tiga kemalangan mengakibatkan orang mencederakan diri mereka sendiri dengan cara keterikan (straiant), terjatuh (falling), tergelincir (slipping), terserungkup (tripping) tersungkur (slumbing), dilanggar oleh benda bergerak, atau benda yang jatuh atau terpijak diatasnya, atau terhantuk dengan benda tidak bergerak.

Dengan mengunakan akal fikiran dan mematuhi undang-undang keselamatan kita dapat mengelakan diri kita daripada tercedera. Tajuk pemelajaran ini adalah sebagai bantuan untuk mempelajari undang-undang keselamatan. Undang-undang keselamatan yang khusus bagi pengunaan alat-alat tangan dan alat-alat mesin diberi didalam lain-lain tajuk.

Rajah dibawah ini adalah sebagai panduan bagi jenis dan kekerapan kecederaan yang berlaku akibat kemalangan-kemalangan yang terjadi.






1.4     SEBAB-SEBAB KEMALANGAN


Kemalangan selalunya mempunyai sebab. Kemalangan boleh dicegah dengan mengalihkan perkara-perkara yang menyebabkanya. Mengetahui mengapa sebab-sebab belakunya kemalangan adalah penting. Ia dapat menolong merangcang cara mana mencegah kemalangan  yang serupa akan berulang.

 

Dua sebab-sebab kemalangan berlaku.
  • Perbuatan tidak  selamat.
  • Keadaan merbahaya.


Sesaorang yang mendapat kecederaan tidak selalunya disebabkan kemalangan. Walau bagaimanapun, kemalangan disebabkan oleh orang lain yang gagal bertindak dengan selamat atau memperbaiki keadaan merbahaya dan tidak selamat.



CUBA KITA FIKIRKAN CONTOH PERBUATAN TIDAK SELAMAT INI : 



  • Cuai.
  • Terlalu yakin dan berani.
  • Tidak cukup pengalaman dalam kerja dan bidang kejuruteraan.
  • Mengunakan peralatan (equipment) tampa mendapat latihan tunjuk ajar cara pengunaan yang betul.
  • Mengunakan alat atau peralatan dengan cara yang salah.
  • Gagal mengunakan peralatan pelindung diri, seperti cermin pelindung mata (goggles) apabila membuat kerja yang kusus memerlukanya.
  • Bergurau dan bermain-main semasa didalam bengkel.
  • Gopoh-gapah dan mengambil tindakan bahaya dengan  jalan  yang  singkat kebengkel-bengkel.
  • Mengganggu orang lain daripada kerja atau membenarkan diri sendiri diganggu orang.



1.5  MENGELAKAN  PERBUATAN TIDAK SELAMAT



Ia adalah tanggongjawab kita untuk mengelakan tindakan tabiat tak selamat. Kita mesti patuhi, demi untuk keselamatan sendiri dan orang lain. Belajarlah berkerja dengan selamat dan efisen. Tindakan yang gopoh atau cuai akan mengakibatkan diri sendiri atau orang lain didalam bahaya, ini adalah tindakan tabiat  perbuatan tidak bertanggungjawab. Patuhilah arahan-arahan ketua kita. Lakukan cara-cara berkerja yang betul, walaupun kita lihat tindakan orang lain itu merbahaya.








1.6  ELAKAN KEADAAN MERBAHAYA

Kerjasama kita adalah peranan utama didalam memcegah pembentukan berkerja ditempat yang tidak selamat. Keadaan tempat berkerja yang selamat bukanlah satu faktor dimana ia mempunyai lokasi suatu bengkel yang elok atau pun peralatan yang lengkap dan elok. Ia juga tergantung pada kerjasama pada tiap-tiap orang didalam tempat kerja. Peranan utama keselamatan berkerja ialah menjaga tempat kerja yang bersih dan kemas. Kita mestilah mengambil kira keselamatan didalam tabiat kita sendiri berkerja sama ada diri sendiri atau orang lain.

Sebahagian daripada pekara-pekara yang kita perlu lakukan bagi menjaga tempat kita berkerja akan diterangkan kemudian.



Cuba anda fikirkan contoh keadaan merbahaya didalam tempat berkerja:

Ada dua jenis keadaan merbahaya.


a.  KAWASAN YANG MERBAHAYA - ENVIRONMENTAL HAZARDS.



  • Lantai yang licin.
  • Cahaya tidak cukup.
  • Tempat kerja yang comot dan berabuk /berselerak.
  • Peralatan dan alat tangan yang tidak cukup.
  • Mesin-mesin yang tidak ada alat pelindung keselamatan.
  • Bahan-bahan lebihan berselerak dan bertaburan.






b.  REKABENTUK  MESIN YANG SALAH - FAULTY  DESIGN  OF MACHINE




Kadangkala terdapat suis-suis mesin yang  tidak pada tempat yang sesuai dan bahagian- bahagian yang bergerak seperti talisawat, giar-giar dan lain-lain  lagi  tidak  diadangkan atau pelindung keselamatan.



Ada banyak lagi pekara yang boleh diambil kira yang menyebabkan kemalangan berlaku. Apakah pekara-pekara yang lain boleh kita fikirkan dan renungi. Apa juga kemungkinan yang disebabkan kemalangan adalah sangat merbahaya. Lihat dan perhatikan pekara-pekara  yang merbahaya ini, ia adalah suatu langkah untuk mencegah kemalangan. Awasi selalu apa juga  kemungkinan yang menyebabkan kemalangan  dimana kita tidak tahu bincana akan berlaku seperti kata perpatah "MALANG TIDAK BERBAU". Selamatkan secepat munkin jika berlaku kemalangan, kemudian lapurkan kemalangan tersebut kepada ketua kita tampa melengahkan masa atau selamatkan simangsa  sekiranya kita terdaya.








"LAPURKAN SEGERA SETIAP KEMALANGAN"





1.7. MEMBENTUK SIKAP MENGAWASI KESELAMATAN



Fikir dan ingat kembali sebentar apa yang telah kita baca dipelajaran yang lepas. Sudah tentu kita faham dan mengapa ianya penting untuk mencegah kemalangan. Didalam latihan kemahiran, kita perlu membentuk sikap sentiasa berwaspada atau mengawasi keselamatan terlebih dahulu. Selagi kita mempelajari apa juga jenis kerja, kita perlulah tahu berkerja dengan selamat. Ia adalah suatu amalan sepanjang hayat.

Kita perlu mempunyai sikap mengawal kesabaran diatas tindakan kita supaya diri kita atau orang lain tidak terdedah dengan pekara-pekara yang merbahaya.







1.8.   MENCEGAH KEMALANGAN

Kemalangan boleh dicegah, dengan selalu berhati-hati. Bagi sesaorang yang selamat kita  berkerja denganya ialah; ia nya mempunyai sikap sentiasa berwaspada, teliti, cermat, berhati-hati dan bertanggongjawab. Tabiat dan sikap yang selamat itu akan menjadikan kebiasaan kepada diri kita apabila berkerja bersama meraka itu. Sikap dan tabiat  yang elok ini perlulah dijadikan panduan harian apabila berkerja  atau pun  didalam kehidupan kita seharian.


Tajuk yang seterusnya akan menolong kita mengetahui cara-cara melatih  mencegah  kemalangan. Panduan dan arahan- arahan ini adalah untuk menerangkan kepada kita bagaimana untuk;

Lapurkan semua kemalangan atau kerosakan pada peralatan, tidak kira walaupun sedikat. Sungguh pun kerosakan itu sedikit ia boleh mengakibatkan kegagalan yang serius jika tidak dilapurkan.












KESELAMATAN 2


2.   KESELAMATAN SEMASA BERKERJA

2.1.  TANGGONGJAWAB


Kita bertanggongjawab secara tidak langsung pada 
kerja-kerja yang kita buat ditempat kerja
sama ada semasa waktu berkerja dan waktu rehat.

Pastikan arahan-arahan dibawah ini mempunyai
sikap-sikap sebagai saorang perkerja yang bagus.





2.2.  SIKAP / TABIAT  DIDALAM TEMPAT KERJA


Sikap yang suka bermain sukan, dipadang aktiviti terpuji. Tetapi jika bermain-main dibengkel yang mempunyai lantai konkrik akan membahayakan diri  sendiri, apatah lagi ditempat berdekatan benda-benda yang tajam dan mesin yang bergerak / berpusing.







  • Jangan berlari-lari atau bergusti bersama orang lain didalam tempat kerja. 
  • Berjalan, bukan berlari disepanjang kaki lima diatas tangga atau dimana-mana tempat  didalam bengkel (plant).
  • Jangan berjenaka dengan secara perbuatan atau berangan-angan.
  • Jangan bermain dengan api, arus elektrik, alat pemampat angin  atau saluran getah air.
  • Jangan membuang barang-barang disekitaran tempat kerja kita.
  • Jangan amalkan membuang kain perca (kotor). Walaupun ianya ringan, tetapi ianya   berkemungkinan mempunyai serpihan besi atau abuk-abuk yang tajam yang boleh menyebabkan cedera yang parah dimata.
  • Tumpukan perhatian yang penuh pada kerja-kerja kita, tetapi awasi apa yang berlaku disekitaran tempat kita berkerja.
  • Ambil perhatian pada tanda-tanda penunjuk/arahan-arahan dan pagar penghalang  menandakan  tempat  yang bahaya atau kawasan larangan.
  • Pastikan kerja kita itu benar-benar betul.
  • Jangan mengangu / halang orang lain yang sedang menumpukan kerjanya.

2.3.  DI TEMPAT KERJA

Seperti mana dirumah, kita menjaga dengan bersih dan kemas supaya ianya kelihatan   cantik dan sempurna. Begitu juga hendaklah dilakukan ditempat kerja kita, mestilah dijaga dengan bersih dan kemas supaya ianya selesa dan selamat apabila kita melaku apa juga jenis kerja. Simpan semua alat dan perkakas tukang ditempat yang telah disediakan. Barulah ia dikatakan kekemasan ditempat kerja / bengkel.

Perhatikan dibawah ini :
  • Kawasan-kawasan dan lorong-lorong disekitaran tempat kerja perlulah dijauhkan daripada benda-benda yang menghalang.
  • Bersihkan dengan segera tumpahan- tumpahan minyak, cat, geris dan lain-lain bahan cecair yang terdapat disekitaran kawasan tempat kerja.
  • Pastikan kawasan tempat kerja kita kemas  dan bersih dan jangan biarkan bahan-  bahan serpihan atau buangan terhimpun dan berlonggok.
  • Jangan biarkan alat-alat dan bahan-bahan bertaburan disekitaran kawasan tempat  kerja semasa kita membuat kerja.
  • Simpan semua alat-alat yang tidak digunakan.
       -  Memulangkan alat-alat yang telah digunakan ditempat simpananya, ianya bukanlah sahaja suatu amalan yang 
          baik tetapi juga suatu tindakan yang bijak bagi kawan sekerja kita untuk mengunakan semasa. 


  • Gunakan tempat pembuangan yang telah Disediakan.
  • Susun semua peralatan dan bahan-bahan yang lain dengan cara yang selamat supaya ianya tidak menggangu atau merbahaya.
          - Jangan biarkan bahan-bahan lebihan  yang berbentuk bulat (round stock)  berselerakan dilantai. Ia boleh 
            menebabkan kita tergelincir dan jatuh serta berkemungkinan mencederakan kita dengan seriusnya.


NOTA:- Segala sampah yang berminyak perlulah dibuangkan  kedalam  tong sampah yang tertutup.






2.4   PAKAIAN DAN ALAT-ALAT PELINDONG DIRI


Didalam kehidupan harian kita memilih pakaian semasa, mengikut fesyen kita sendiri. Tetapi pakaian untuk berkerja didalam bengkel mempunyai rekabentuk yang khusus / khas. Pakaianya direka untuk melindung sipengguna dengan selamat. Gunakan pakaian dan peralatan-peralatan pelindung keselamatan dengan cara yang betul dan sesuai, supaya ia dapat melindung diri kita daripada tercedera dengan seriusnya.




  • Pakailah pakaian yang kemas dan sesuai serta butangkan baju (pakaian) kita dengan kemas.
        - Pakaian yang longgar, tidak berbutang atau pakaian yang koyak-rabak, memakai tali leher atau talipanggang
              yang longgar atau terjulur keluar (berlebihan) akan senang terperangkap pada mesin-mesin yang berputar.
  • Pakailah seluar yang tiada berlipat dihujung kakinya.
       - Seluar yang mempunyai lipatan dihujung kakinya akan menyebabkan kita senang tersangkut atau 
             termasuk percikan  api  ataupun  bahan-bahan yang bahaya.
  • Pakai kasut keselamatan yang sesuai  dan sentiasa pastikan ianya didalam keadaan yang elok dan baik.
          - Kasut yang mempunyai tapak yang tebal, keras atau beralas dengan besi amatlah baik dIgunakan. Ia dapat
            melindungi kaki kita daripada terpijak diatas benda-benda yang tajam dan benda-benda yang terjulur seperti 
            paku dan lain-lain. Pada bahagian hujung atas kasutnya perlulah tegap dan keras bersalut dengan kepingan 
            besi atau keluli, supaya ianya dapat melindungi kaki kita daripada tumpahan-tumpahan atau percikan percikan 
            bahan-bahan besi, keluli atau logam yang panas. Kasut keselamatan ini juga ada mempunyai rangka besi bagi 
            menahan hujung atas  kasut tersebut supaya dapat menahan jari kaki kita daripada benda berat jatuh 
            diatasnya.
  • Rambut mestilah pendek atau pakai topi yang boleh menutup rambut kita dengan kemas atau pakai jaring kepala sepertimana yang dikehendaki oleh peraturan-peraturan dibengkel.
        - Jika rambut kita panjang, ia senang terperangkap dimesin-mesin kemalangan seperti ini berlaku kepada 
              pekerja-pekerja dan pelatih-pelatih yang tidak mematuhai peraturan yang dikenakan. 

  • Jangan memakai cincin, gelang tangan, jam tangan, dan rantai leher apabila sedang bekerja.
        - Oleh kerana pakaian hiasan / aksesori ini boleh terperangkap di mesin-mesin yang sedang berputar. Ini 
              sangat bahaya jika kita memakainya pada disetengah-setengah jenis kerja. Ia boleh menyebabkan kita 
              kehilangan jari, tangan, atau dari sebahagian kepala kita.


  • Pakai alat dan peralatan pelindung diri  yang sesuai dengan kerja-kerja yang hendak dibuat.

           - Belajarlah mengunakan peralatan pelindung diri yang sesuai bagi setiap  jenisnya didalam berbagai bentuk 
             rupa alat pelindung yang terdapat.

"PENTING"

i. PELINDONG KEPALA

   Pakai topi keselamatan (helmet).

    - Gunakan topi keselamatan yang disahkan oleh pehak piawaian yang di
      iktirafkan oleh kerajaan kita. Ia perlulah dipakai disemua tempat 
      pembenaan dan didalam loji berat. 










ii. PELINDONG MATA

Pakai cermin mata keselamatan, (goggles) atau alat pelindung mata yang  sesuai dengan pekerjaan yang dilakukan. Supaya bahan-bahan yang halus dan senang melayang seperti abuk, percikan logam panas dan cecair dapat dilindungi.


















iii. PELINDUNG TELINGA
Pakailah alat pelindung telinga ditempat-  tempat yang terdapat bunyi bising dan kuat atau ditempat-tempat operasi kerja  yang mengeluarkan bunyi frekuensi yang amat tinggi.









iv. PELINDUNG TANGAN
Pakai sarong tangan yang tebal dan kukuh, sesuai dengan bahan yang hendak dipegang atau pada bahan yang panas dan pada cecair yang merbahaya.













v. PELINDUNG PENAFASAN, TOPING MUKA DAN 
   BADAN

Alat pelindung penafasan, toping muka,  dan pelindung badan (apron) mestilah dipakai bersesuaian dengan kerja yang  hendak dilakukan. Ia dicipta dan direka  khas untuk menjaga keselamatan kita.

Kita akan mendapati ianya lebih selamat jika :-
  • Memakai jenis yang betul dan sesuai.
  • Pastikan ianya muat dipakai dengan selesa dan sesuai.
  • Gunakan dengan sebaik-baiknya, betul dan selamat.


2.5  PENJAGAAN DIDALAM PENGUNAAN ALAT-ALAT TANGAN

Mengunakan alat-alat tangan dengan cara yang salah, yang rosak, dan yang cacat boleh menyebabkan kemalangan. Walaupun kita mengunakan alat-alat dengan cara yang betul, tetapi jika kita cuai atau tidak menyimpanya dengan selamat ia juga boleh merbahayakan dan berkuminkinan berlaku kemalangan.

  • Pastikan kita memilih jenis dan sais alat-alat yang betul dan sesuai dengan kerja.
  • Periksa alat-alat yang hendak digunakan sebelum mengunakanya.
  • Jangan mengunakan alat-alat yang rosak dan yang haus.

  • Sentiasa menjaga alat-alat didalam keadaan yang baik dan pastikan mata alat tersebut diasah dengan tajam dan selamat.
  • Simpan dan kendalikan semua alat-alat tangan dengan selamat.
         - Didalam tajuk / elemen pembelajaran yang lain (alat-alat tangan) ada  menerangkan tentang keselamatan 
           mengunakan alat tangan dengan efisien lagi.



2.6  PENJAGAAN DIDALAM PENGUNAAN MESIN-MESIN.

Peralatan mesin boleh menyebabkan kecederaan yang serius apabila ia digunakan dengan cara yang salah atau apabila sesaorang itu dengan tidak sengaja terpegang dibahagian-bahagian yang berpusing dan bergerak. Perlu dingatkan disini, hanya gunakan mesin-mesin yang telah ditunjuk ajar sahaja atau dibenarkan mengunakanya.

Jangan merasa segan, malu dan takut mengatakan yang kita tidak tahu mengunakan mesin. Jika kita degil atau mendiamkan diri kita, ini akan menyebabkan jiwa kita sendiri yang akan menerima padahnya. Kita akan mempelajari dengan lebih lanjut lagi didalam tajuk yang berasingan didalam tajuk-tajuk pengunaan mesin-mesin. Sentiasa jauhkan tangan kita daripada bahagian-bahagian mesin yang bergerak dan perhatikan langkah-langkah seperti berikut dibawah ini.

  • Semua pengadang yang telah rosak, tidak dipasang atau tidak dipasang dengan betul mestilah dilapurkan dengan serta merta dan jangan gunakan mesin tersebut selagi belum diperbaiki adang-adang tersebut.



  • Jangan membuka apa juga jenis pengadang mesin, kecuali jika kita diarahkan untuk dibuat senggaraan keatas mesin tersebut atau bagi tujuan membersihkan dan membubuh minyak pelincir.

      -  Perhatikan ditanda penunjuk arahan, jika ada arahan-arahan yang khas dinyatakan untuk membuat sedemikian 
            barulah boleh dilakukan. Jangan sekali-kali mencuci atau membubuh minyak pelincir pada mesin yang sedang 
            bergerak atau berpusing.

  • Apabila selepas membuka pengadang-pengadang bagi tujuan sengaraan atau penyalarasan, ianya mestilah dipasang kembali sebelum mesin tersebut dihidupkan.
  • Jangan cuba membuat pengadang sendiri atau membiarkan ianya tidak berfungsi.
        - Setengah mesin-mesin dihidupkan dengan menekan dua butang penghidup (starter) serentak. Dengan  
              cara ini ia memastikan sipengendali mengunakan kedua  belah tangan, supaya tanganya bebas daripada 
              sebarang rintangan atau bebas daripadamesin. Setengahnya pula ada menunjukan tanda arahan-arahan, 
              walaubagaimana pun dilarang mambuat anjak-siap (set up) pada kedua-dua butang penghidup tersebut. 

  • Semua bendakerja yang hendak dimesin mestilah diletakan dan diikatkan dengan cara yang selamat pada ragum atau jig. Jangan sekali-kali cuba memegang bendakerja tersebut dengan hanya mengunakan tangan kita, walaupun bendakerja itu kecil. Jangan hidupkan mesin pencanai sebelum kita memeriksa batu pencanai tersebut berada didalam keadaan yang baik dan begitu juga pada adang dan pengalas mata-alat (tool rest) telah dipasang ditempatnya dan dilaraskan pada kerenggan yang sesuai dan mengcukupi.
      - Didalam tajuk pembelajaran mesin pencanai yang berasingan ada diterangkan cara-cara dan langkah-langkah
           yang betul dan selamat dengan lebih lanjut lagi.

  • Jangan cuba mengeluarkan bahan-bahan lebihan atau serpihan-serpihan potongan daripada mesin dengan mengunakan jari tangan kita.
       - Gunakan berus atau pencangkok, dan hanya apabila mesin tersebut didalam keadaan tidak bergerak atau 
             berpusing.

  • Padamkan atau matikan suis (switch off) mesin pada mesin tersebut, BUKAN pada suis utama (main switch).
        - Apabila dikehendaki memadamkan suis pada suis utama pastikan terlebih dahulu suis pada mesin mestilah 
              dipadamkan dulu. Supaya dapat mengelakan daripada kemalangan salah angap menghidupkan suis, apabila
              menhidupkan suis punca utama dihidupkan semula.